PKR Tak Nafi Pakatan 2.0 Bakal Terbentuk Selepas Aidilfitri

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 9:24 PM

Shamsul Iskandar Md Akin

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi orang tengah dalam pertelingkahan antara rakan sekutunya, DAP dan PAS tidak menolak kemungkinan terbentuknya pakatan baharu.

Ketidaktentuan terus melanda pakatan pembangkang itu apabila Pakatan 2.0 dikatakan bakal didedahkan selepas Aidilfitri ini.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin ketika ditanya berhubung perkara itu  berkata, semuanya akan disiapkan selepas musim perayaan ini.

"Biar kita raikan hari raya dulu," katanya.

Pengarah Komunikasi parti itu, Fahmi Fadzil kemudiannya menambah: "Apabila ia berlaku, saya akan jemput anda untuk menghadiri sidang media."

Terdahulu, pimpinan pakatan menghadiri mesyuarat bulanan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ismail.

Shamsul Iskandar berkata, gabungan Pakatan Rakyat masih wujud dan akan terus bekerjasama pada masa depan.


Tags / Kata Kunci: PKR , Pakatan 2.0 , Shamsul Iskandar Md Akin

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan