Azmin Harap Perjanjian Air Selangor Ditandatangani Sebelum Aidilfitri

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 9:28 PM

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perjanjian penstrukturan air negeri itu belum dimuktamadkan kerana adanya peruntukan yang perlu mendapat persetujuan bersama antara kerajaan negeri dan Pusat.

Menteri Besar Selangor berkata, pihanya sudah bersedia untuk menandatangani perjanjian itu bagaimanapun ada beberapa klausa yang perlu dikemaskini.

"Kami sudah bersedia minggu lalu untuk menandatangani perjanjian itu, tetapi ada beberapa klaus yang perlu dikemaskini dan Pejabat Peguam Negara memerlukan masa untuk tujuan itu.

"Menjadi harapan saya dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memuktamadkan perjanjian ini sebelum Aidilfitri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), termasuk presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kediaman rasmi Menteri Besar, Sabtu.


Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , air , Selangor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan