Pampasan Diberi Secara Ikhlas - Bekas Pembantu Khalid

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 8:03 PM

Faekah Hussin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembayaran pampasan kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diberi dengan ikhlas dan mendapat kelulusan Menteri Besar Incorporated (MBI).

Lapan pembantu itu adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Hussin; ketua pegawai operasi Rohani Talib;bekas setiausaha akhbar, Arfa'eza Abd Aziz; setiausaha politik, Mustafa Talib; pegawai penyelaras, Rahimah Kamaruddin; pegawai komunikasi khas, Dr Sulaiman Masri; pengurus penyelidikan ekonomi, Abdul Halim Mohd Yusuf dan pegawai akhbar, Tuan Nazuri Ismail.

Bekas pembantu itu disaman MBI kerana gagal memulangkan RM2.7 juta yand diterima sebelum bekas menteri besar itu menamatkan khidmatnya tahun lalu.

Menerusi kenyataan yang dikemukakan defendan pada Jumaat, mereka mendakwa menerima notis tiga hari menerusi surat pemberhentian kerja bertarikh 20 September 2014.

Berikutan notis singkat itu, defendan diberi pampasan tiga bulan gaji selain bayaran skim pemberhentian secara sukarela (VSS).

Kelapan-lapan pembantu itu juga menafikan bayaran itu dibuat secara rahsia dan tersembunyi daripada plaintif  dan menegaskan tiada asas perundangan untuk mereka memulangkan wang itu.

Meraka mengemukakan permohonan untuk menolak tuntutan saman itu dengan kos.

Pada 11 Mei, MBI menyaman bekas pembantu Khalid berhubung pakej bayaran itu dengan mendakwa ia tidak dilaksanakan mengikut prosedur.

MBI mendakwa Faekah menerima bayaran paling tinggi sebanyak RM695,400, diikuti Rohani (RM524,400), Arfa’eza (RM478,935), Mustapha (RM265,320), Rahimah (RM265,650), Dr Sulaiman (RM182,385), Abdul Halim (RM186,300) and Tuan Nazuri (RM115,200).

Pihak defendan diwakili peguam Edmund Bon.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Khalid pada Ogos tahun lalu selepas beliau enggan meletak jawatan untuk memberi laluan kepada presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Krisis itu berakhir apabila Sultan Selangor melantik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai menteri besar yang baharu pada September.


Tags / Kata Kunci: pampasan , Faekah Hussin , MBI , Khalid Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan