Mayat Oniya Selamat Disemadikan Di Sikamat

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 1:57 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Mayat pemain pertahanan T-Team, David  Faramola Oniya, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian di Sikamat di sini pada 11.30 pagi Sabtu.

Kenderaan yang membawa mayat mendiang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba di tanah perkuburan itu pada kira-kira 11 pagi.

Kira-kira 20 rakan sepasukan mendiang dan dari pasukan lain turut hadir memberi penghormatan terakhir.

Hadir sama abang mendiang, Adefaramade Oniya, 34, dan ejennya, Felix Obina, 31, serta pengurusan pasukan T-Team.

Oniya, 30, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 14 Jun lepas dan mayat mendiang ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu, Kelantan.

Adefaramade Oniya berkata, keluarganya membuat keputusan dan bersetuju agar mayat mendiang disemadikan di sini.

Katanya, semua pengurusan mayat mendiang diatur dan dibiayai oleh pihak pengurusan pasukan T-Team serta kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Kedutaan Nigeria di Kuala Lumpur.

Beliau yang tiba dari Nigeria pada 26 Jun lepas berterima kasih kepada semua pihak kerana menguruskan mayat mendiang adiknya dengan selamat.

"Saya amat berpuas hati dengan segala yang diatur sehingga mayat mendiang selamat disemadikan di sini. Keluarga kami amat sedih dengan kehilangan adik.

Dia seorang adik yang baik dan banyak membantu keluarga," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya mendiang adalah anak bongsu daripada enam beradik dan mula aktif bermain bola sepak untuk kelab di Nigeria sejak berumur 17 tahun. 

Obina pula berkata pasukan T-Team adalah kelab pertama di Asia Tenggara yang disertai Oniya.

"Sebelum ini, mendiang menyertai kelab bola sepak di Uzbekistan dan Azerbaijan sejak enam tahun," katanya. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Oniya , T-Team , Sikamat

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan