Najib Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap WSJ

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 11:46 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) berhubung satu artikel yang mendakwa bahawa RM2.6 bilion telah dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Setiausaha politik Najib, Datuk Muhammad Khairun Aseh memberitahu sebuah akhbar berbahasa Melayu bahawa laporan itu adalah fitnah jenayah.

"Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.

"Kami akan ambil tindakan mengikut undang-undang," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.

WSJ dan Sarawak Report menerbitkan satu artikel pada Jumaat yang memetik seorang 'penyiasat yang tidak dinamakan', dengan mendakwa bahawa hampir US$700 juta (RM2.63 bilion)  dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri, menjawab laporan itu dengan berkata ia adalah "sabotaj politik".

1MBD menegaskan bahawa tidak ada dana telah dipindahkan ke akaun Najib.

Najib juga, lewat malam Jumaat, berkata beliau percaya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan orang di sebalik pembohongan itu bersama-sama dengan pihak asing termasuk blog Sarawak Report yang kini diragui kredibilitinya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan