Najib Perlu Muncul Di Televisyen Perjelas Dakwaan - Saifuddin

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 3:53 PM

Datuk Saifuddin Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri sepatutnya muncul di televisyen untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan  berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ekoran persoalan mengenai laporan oleh Wall Street Journal (WSJ) bahawa sejumlah RM700 juta disalurkan ke akaun Datuk Seri Najib baru-baru ini, Perdana Menteri perlu mengulangi semula kenyataannya di televisyen.

"Perdana Menteri perlu muncul di televisyen untuk menjawab soalan-soalan kerana rakyat Malaysia perlukan kejelasan.

"Ini melibatkan mentaliti rakyat dan sekarang Perdana Menteri telah disasarkan, dia perlu bercakap dengan mereka kerana rakyat Malaysia akan mendengar," katanya pada sidang akhbar selepas siri ceramah di sini, Sabtu.

Saifuddin berkata siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga perlu disiarkan di televisyen.

"Prosiding hendaklah dibuat dengan telus dan disiarkan di televisyen kerana ia akan membersihkan segalanya," katanya.

Ditanya jika Najib perlu mengambil cuti daripada jawatannya semasa penyiasatan, Saifuddin menggesa Bank Negara dan Peguam Negara untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.

"Selain Perdana Menteri, hanya Peguam Negara dan Bank Negara yang berada dalam kedudukan untuk membuat kenyataan.

"Mereka perlu menjelaskan jika ada atau tidak SOP untuk ini kerana adalah tidak adil untuk Perdana Menteri dibiarkan berseorangan pada masa ini," katanya.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , WSJ , Datuk Saifuddin Abdullah

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan