Dakwaan WSJ: Kit Siang Tanya Najib 'Ya Atau Tidak'

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 4:43 PM

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya hanya memberi jawapan mudah 'ya' atau 'tidak' terhadap dakwaan penyelewengan terhadap dirinya, kata Lim Kit Siang.

Veteran DAP itu berkata penafian Perdana Menteri adalah 'kabur' kerana ia 'menimbulkan tanggapan dan kemarahan' terhadap integriti, kejujuran dan dirinya yang tidak bersalah.

Najib pada malam Jumaat menafikan laporan oleh The Wall Street Journal dan Sarawak Port yang mendakwa hampir AS$700 juta (RM2.63 bilion) dana 1Malaysia Development Berhad (1MBD) telah dipindahkan ke akaun peribadinya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.


Najib berkata, beliau tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa oleh musuh-musuh politiknya dan menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan warga asing untuk memfitnah beliau.

"Apakah Najib menafikan bahawa kedua-dua deposit, masing-masing berjumlah AS$620 juta dan AS$61 juta telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya pada bulan Mac 2013, atau dia mengakui bahawa deposit itu telah berlaku (transaksi) tetapi dia tidak pernah mengambil dana itu untuk kepentingan peribadi?," kata Kit Siang dalam satu kenyataan, Sabtu.

Ahli Parlimen pembangkang itu berkata Najib perlu mengeluarkan kenyataan yang jelas menafikan bahawa wang berjumlah AS$620 juta dan AS$61 juta telah didepositkan dua kali ke dalam akaun peribadinya pada bulan Mac 2013.

"Atau semua orang hanya boleh membuat kesimpulan bahawa Najib tidak boleh membuat penafian mengenai jumlah besar deposit itu ke dalam akaun bank peribadinya dan Perdana Menteri mungkin boleh menukar dan memutar fakta tentang penggunaan deposit berkenaan," kata Ahli Parlimen Gelang Patah ini.

Kit Siang berkata Najib tidak boleh hanya bergantung kepada satu penafian kabur, terutama apabila akhbar harian kewangan antarabangsa telah mempertahankan laporannya mengenai dakwaan tersebut.

"Lebih serius lagi, WSJ berkata dokumen yang telah dilihat itu, yang merupakan asas kepada laporannya, telah dikongsi dengan Peguam Negara dan pihak lain dalam Kerajaan.

"Siapa yang tanpa rasa malu menyatakan kebohongan secara terang-terangan - WSJ atau Najib, Perdana Menteri?" soal beliau, sambil turut mempersoalkan mengapa bukan Najib sendiri yang berkata bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.

"Mengapa ia tidak dinyatakan oleh Najib sendiri tetapi oleh setiausaha politiknya? Dan mengapa hanya mengugut, berbanding tindakan undang-undang serta-merta terhadap WSJ?," katanya.

Kit Siang berpandangan, dalam isu ini Timbalan Perdana Menteri dan Kabinet mesti bertindak dan perlu bersedia untuk mengadakan 'pemberontakan', dengan mengadakan mesyuarat tergempar Parlimen minggu depan.

"Jika Najib tidak boleh mendapatkan undi percaya dalam mesyuarat tergempar di Parlimen, beliau harus meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan