Jasa Bantu Kerajaan Perjelas Tohmahan Di Media Sosial - KP Jasa

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 1:52 PM

Mohd Puad Zarkashi

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan terus memain peranan untuk membantu kerajaan menjelaskan tentang isu-isu yang sering diputarbelitkan dalam media sosial, kata Ketua Pengarah Jasa, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang benar dan tepat sekaligus mengelakkan kekeliruan terutama dalam situasi kerajaan berdepan dengan pelbagai tohmahan pada masa kini.

"Walaupun kerajaan ditohmah tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap mampu memimpin negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

"Apabila semakan menaik Fitch Ratings ke atas unjuran Malaysia daripada negatif kepada stabil, ia jelas sekali telah menjawab tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang mendakwa keadaan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan gawat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dari sekitar daerah Kuantan di sini, Sabtu.

Katanya, Jasa akan terus memain peranan untuk membantu menjawab segala tohmahan itu bagi membolehkan kerajaan meneruskan agenda untuk membela rakyat.

Mohd Puad berkata kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib sentiasa memberi perhatian terhadap kepentingan rakyat dan untuk membela dan membantu mereka.

"Kerajaan bukan sahaja bantu dari segi wang ringgit menerusi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), tetapi juga menyediakan kemudahan kredit yang disalurkan melalui agensi seperti Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) bagi membolehkan rakyat meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan berniaga," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Jasa , Dr Mohd Puad Zarkashi , BR1M

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan