Ihsan Perdana Nafi Pindah Wang Ke Akaun Najib

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ihsan Perdana Sdn Bhd menafikan ada memindahkan wang ke dalam sebarang akaun individu termasuk milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Urusannya Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman berkata dakwaan bahawa syarikat itu memindahkan wang untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ke dalam akan peribadi Najib adalah tidak berasas.

"Dakwaan itu adalah tidak berasas dan merupakan pembohongan ... saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang pemindahan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri seperti didakwa dalam laporan media," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Syarikat Ihsan Perdana yang melaksanakan program CSR untuk Yayasan Kebajikan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), telah disebut dalam satu artikel oleh Wall Street Journal (WSJ), Jumaat.

Artikel itu mendakwa hampir US$700 juta dana daripada 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi Najib dan Ihsan Perdana adalah antara syarikat yang terlibat menurut penyiasat yang tidak dinamakan.

Dr Shamsul Anwar dalam menafikan dakwaan itu berkata projek CSR yang dilaksanakan Ihsan Perdana diaudit sepenuhnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan