Ahli Keluarga Bimbang Kesihatan Dua Mangsa Culik

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 8:35 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli keluarga kepada dua rakyat Malaysia yang diculik di sebuah restoran di Sandakan bimbangkan kesihatan orang tersayang yang sedang dijadikan tebusan di selatan Filipina.

Thien Nyuk Fun, 50, dan Bernard Then Ted Fun, 39, sudah 51 hari diculik oleh lelaki bersenjata yang dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf di restoran makanan laut Ocean King, yang terletak 3 km dari Sandakan, pada pertengahan Mei.

Thien, pengurus restoran dan Then yang merupakan pelanggan di situ, sedang dijadikan tahanan di sebuah pulau di selatan Filipina di bawah kawalan rapat.

Kedua-dua tebusan tidak mempunyai ubat untuk masalah kesihatan masing-masing.

Anak lelaki Thien, Chung Chin Lung, 31, berkata dia bimbang kerana ibunya mempunyai tekanan darah tinggi.

"Dia selalu mengadu sakit kepala. Dia sentiasa meminta ubat," katanya.

Isteri Then, Chan Wai See, 40, berkata suaminya menghidap pradiabetes dan penyakit gout.

Chan berkata keluarga mereka tidak dapat memenuhi permintaan penculik untuk mendapatkan wang tebusan yang besar jumlahnya kerana mereka adalah rakyat biasa dengan sumber yang terhad.

Kedua-dua keluarga merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman untuk membantu mereka membebaskan tebusan dengan selamat.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan