TH Tanggung Kos Tambang Haji 40 Jemaah Daif Dan OKU

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2015 12:06 PM

(Ubah saiz teks)

BALING: Tabung Haji (TH) akan menanggung kos tambang menunaikan fardu haji 40 jemaah dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan keluarga daif tahun ini.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pemilihan dibuat oleh jawatankuasa yang dilantik oleh TH bagi membantu mereka menunaikan fardu haji dan bilangannya akan ditambah pada tahun-tahun depan.

"TH sentiasa melihat kepada keperluan golongan tidak berkeupayaan dan daif ini dalam usaha kita membantu mereka menunaikan fardu haji di Tanah Suci setiap tahun," katanya.

Abdul Azeez berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek bernilai RM60,000 sumbangan peribadi beliau untuk Madrasah Misbah Al Falah, Kampung Lanai Parit Panjang di sini pada malam Khamis.

Sumbangan itu diserahkan kepada mudir madrasah berkenaan Ahmad Mokhtar Omar Zuhdi untuk kos membina bilik air baharu dan tandas.

Di majlis yang sama, beliau turut memberi sumbangan kain telekung kepada 200 warga emas serta pelajar perempuan yang tinggal di madrasah itu.

Madrasah yang beroperasi sejak 35 tahun lepas mempunyai 500 pelajar lelaki dan perempuan.

Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , OKU

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan