Rahman Dahlan Bidas Laporan WSJ Terhadap 1MDB

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2015 4:15 PM

Abdul Rahman Dahlan

Abdul Rahman Dahlan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang menteri Kabinet mengkritik laporan antarabangsa memetik 'seorang penyiasat yang tidak dinamakan' dan mendakwa dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata beliau 'terkejut' dengan tuduhan keterlaluan oleh Wall Street Journal (WSJ).

"Jika mereka benar-benar serius dengan kesahihan dakwaan itu, laporan sepatutnya menamakan sumber.

"C'mon AWSJ... anda boleh lakukan lebih baik berbanding laporan itu," katanya.

Abdul Rahman berharap penerbitan tersebut tidak menggunakan dokumen berniat jahat dan diubah dalam laporan mereka.

WSJ dan Sarawak Report menyiarkan artikel pada Jumaat yang memetik 'penyiasat yang tidak dinamakan' dengan mendakwa dana 1MDB mencecah AS$700 juta (RM2.63 bilion) dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menjelaskan laporan tersebut berunsur sabotaj politik.

1MDB menegaskan bahawa tiada dana dipindahkan ke dalam akaun Najib.




 

Tags / Kata Kunci: Abdul Rahman Dahlan , 1MDB , WSJ

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan