Mapim Sasar 50,000 Berkumpul Sempena Peringatan Al Quds

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2015 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyasarkan sebanyak 50,000 umat Islam seluruh negara berkumpul dalam perhimpunan aman sempena sambutan Hari Peringatan Al Quds pada 10 Julai ini.

Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhimpunan yang dianjurkan di Masjid Negara dan beberapa negeri serentak selepas waktu solat Jumaat itu akan turut disertai oleh 20 badan bukan kerajaan (NGO).

"Umat Islam seluruh dunia telah bersetuju untuk mengadakan perhimpunan membantah keganasan terutama terhadap Al Quds pada Jumaat terakhir setiap bulan Ramadan," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata hasil perhimpunan itu akan mengeluarkan memorandum bantahan terhadap keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin untuk diserahkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Katanya perhimpunan aman itu juga ingin menyeru masyarakat berbilang kaum untuk turut sama memberi perhatian yang khusus terhadap keganasan kemanusiaan yang semakin meruncing di beberapa negara bergolak.

Dalam pada itu, Mohd Azmi meminta orang ramai untuk turut sama menyatakan sokongan terhadap pembebasan Al Quds menerusi laman sosial dengan memuat naik gambar 'selfie' mereka dan meletakkan tanda #Selfie4AlQuds.

"Kami menyasarkan sebanyak sejuta selfie yang menyokong usaha kami untuk menyampaikan memorandum kepada pihak PBB nanti," katanya.

Perhimpunan aman itu akan turut diadakan di Dataran Bandaraya, Johor Baharu di Johor; Masjid Muhammadi, Kota Bharu di Kelantan; Pekan Rabu dan Menara Alor Star di Kedah; serta Masjid Seberang Jaya di Pulau Pinang.

Tags / Kata Kunci: Mapim , Al Quds

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan