PM: Kerajaan Komited Bangunkan Negara Meskipun Berdepan Ujian, Tohmahan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2015 7:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bersama keberkatan Ramadan dan semangat Nuzul Al-Quran, kerajaan terus komited membangunkan negara meskipun berdepan pelbagai ujian dan tohmahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Beliau berkata, sasaran negara adalah untuk menjadi sebuah negara Islam maju dan berpendapatan tinggi, selaras tuntutan Al-Quran.

"Sesungguhnya, sebagai sebuah negara Islam progresif, negara sentiasa berusaha melunaskan pedoman Qurani dengan memastikan syiar, syariat dan maqasid (objektif-objektif) syariah sentiasa dijadikan kerangka rujuk dalam membangunkan negara," katanya dalam perutusan bersempena Nuzul Al-Quran menerusi blog NajibRazak.com pada Jumaat.

Najib turut berdoa dan berharap bersempena peristiwa Nuzul Al-Quran itu juga, seluruh kekuatan umat Islam di negara ini dapat disatukan di bawah satu payung agenda, iaitu agenda ummah.

"Semangat ta’awun (saling membantu dan bekerjasama) perlu disuburkan dan diperteguhkan sesama kita. Kerana itulah prasyarat penting untuk kita meraih pertolongan dan bantuan Allah Taala," katanya.

Najib turut mengajak semua umat Islam mensyukuri nikmat Ramadan, bulan penuh kerahmatan serta keampunan.

"Walaupun dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan cuaca dunia, kita di Malaysia masih dapat bersama mengisi Ramadan dengan segala ibadah serta amalan soleh dalam suasana aman dan harmoni," katanya. 

Najib berkata setiap kali 17 Ramadan, umat Islam akan mengimbau kembali detik agung, iaitu peristiwa Nuzul Al-Quran. 

"Pada detik inilah, bermulanya Al-Quran sebagai kalam Allah, diturunkan kepada umat manusia sebagai kesinambungan wahyu-wahyu samawi yang lalu. "Sudah tentu, maksud kepada penurunan Al-Quran ini sangat berkait rapat dengan maslahah dan kepentingan umat manusia," katanya.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan