Iftar@KL Meriahkan Dataran Merdeka Sempena Ramadan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAMA seperti tahun-tahun sebelumnya, Dataran Merdeka menjadi pilihan ramai untuk berbuka puasa dan beribadah terutamanya pada hujung minggu.

Bersempena bulan Ramadan tahun ini, Dataran Merdeka tidak putus-putus dibanjiri pengunjung untuk berbuka puasa secara beramai-ramai menerusi program Iftar@KL 2015.

Program tersebut dianjurkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jika dua tahun lalu, program ini dikenali sebagai Festival Ramadan di Jalan Raja Dataran Merdeka.

Namun pada tahun ini, nama program tersebut ditukar kepada Iftar@KL 2015, bersesuaian dengan konteks amalan bersederhana dalam berbuka puasa.


Tikar turut dihamparkan di sepanjang jalan itu untuk memberi keselesaan kepada orang ramai menikmati juadah berbuka puasa mereka.

Pada masa sama, orang ramai yang hadir akan disajikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh seramai 200 pelajar sekolah tahfiz di sekitar Lembah Klang.

Antara aktiviti lain yang diadakan seperti penyediaan dan agihan bubur lambuk, pameran pelancongan, tazkirah Ramadan, tadarus Al-Quran, majlis berbuka puasa diikuti solat maghrib berjemaah, soal jawab agama, solat Isyak dan terawih berjemaah, dikir zikir, ceramah dan malam kesenian Islam serta moreh.

Menariknya, orang ramai akan diberi satu bungkus makanan yang mengandungi nasi putih, kubis goreng, kari daging dan air minuman.

Program tersebut turut dimeriahkan lagi dengan peringkat akhir pertandingan nasyid pada 5 Julai ini.







 


Tags / Kata Kunci: Iftar@KL

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan