Dakwaan WSJ Tanpa Bukti Kukuh Tak Boleh Diterima - Khairy

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2015 8:25 PM

(Ubah saiz teks)

SIK: Dakwaan oleh media antarabangsa Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diterima kerana ia tidak disertakan dengan dokumen dan bukti yang kukuh, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, pendedahan oleh WSJ bahawa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib itu adalah berasaskan laporan oleh portal Sarawak Report yang kesahihannya dipertikaikan.

"Siapa-siapa pun boleh membuat tuduhan dan pendedahan, tetapi jikalau tiada bukti yang kukuh kita tidak boleh menerima pendedahan tersebut."

"Dalam hal ini (dakwaan oleh WSJ) , saya tidak nampak ada bukti yang kukuh, mereka kata ada dokumen tetapi sekarang tidak ada apa-apa dokumen yang dikemukakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan Ramadan di Masjid Bandar Beris Baharu, di sini Jumaat.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, dalam prinsip perundangan dan mahkamah, beban untuk membuktikan sesuatu tuduhan terletak di bahu pihak yang membuat tuduhan itu dan bukannya pihak yang dituduh.

Ditanya sama ada Perdana Menteri dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu mengambil tindakan guaman terhadap WSJ, beliau berkata, perkara itu terpulang kepada kedua-dua pihak terbabit.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Najib Tun Razak , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan