Secret Recipe Peroleh Semula Pensijilan Halal

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 9:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Secret Recipe menerima pensijilan halalnya semula susulan kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf Central Kitchen di Taman Mayang dan kilang baharunya di Kota Damansara.

Sijil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan syarikat itu mematuhi standard tertinggi keselamatan makanan dan Standard Malaysia Pensijilan Halal, MS1500:2009.

"Kami memberi jaminan bahawa keselamatan makanan dan kawalan kualiti menjadi keutamaan kami berikutan kami telah melalui proses dan standard yang ketat untuk mengekalkan pensijilan kami sejak 15 tahun lalu dan kami akan terus mendukung  janji kami kepada para pelanggan," menurut Secret Recipe dalam kenyataan di sini Khamis.

Pensijilan halal Secret Recipe ditarik balik oleh Jakim pada 7 Mei disebabkan 'pelanggaran serius' melibatkan kebersihan dan amalan pengilangan.

Syarikat itu telah dipanggil oleh Jakim, dan ia berjanji akan mengambil tindakan segera berhubung perkara itu dan mematuhi standard halal.

Secret Recipe berkata kumpulan yang terdiri daripada pegawai Pematuhan Halal serta Jaminan Kualiti dan Kebersihan yang berkelayakan dilantik untuk memastikan semua sumber bahan-bahan, penyediaan dan proses mematuhi standard tertinggi keselamatan makanan dan Standard Malaysia Pensijilan Halal, MS1500:2009.

Ini termasuk mematuhi amalan pengilangan yang baik serta garis panduan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal, katanya.
Tags / Kata Kunci: Secret Recipe , Jakim , sijil halal

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan