97 Unit Rumah Kekal Siap Dibina Untuk Mangsa Banjir

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 4:02 PM

Shahidan Kassim
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Sebanyak 97 unit rumah kekal telah siap dibina untuk mangsa banjir di pantai timur dan Perak yang berlaku akhir tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata jumlah itu adalah yang siap dibina sejak 29 Jun lepas, manakala 88 unit rumah lagi akan disiapkan sebelum Hari Raya ini.

Setakat ini katanya, pembinaan rumah kekal yang dibina oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri adalah di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak.

"Di Kelantan, sebanyak 37 unit rumah kekal baharu telah siap dibina oleh kerajaan persekutuan dan 29 unit lagi oleh kerajaan negeri, manakala di Pahang, sebanyak 21 unit rumah siap dibina oleh kerajaan persekutuan.

"Di Terengganu pula, kerajaan persekutuan telah siap membina tiga unit rumah manakala seunit lagi oleh kerajaan negeri. Sementara di Perak, enam unit telah siap dibina oleh kerajaan persekutuan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen pada Khamis.

Shahidan memaklumkan bahawa kebanyakan rumah yang masih belum siap adalah disebabkan ia masih dalam peringkat pembinaan dan penyelesaian urusan tapak dengan kerajaan negeri.

Sebanyak 2,094 unit rumah kekal baharu telah dikenal pasti untuk dibina bagi mangsa banjir dan usaha pemulihan tersebut dilakukan oleh Unit Pemulihan Pasca Banjir yang ditubuhkan pada 4 Feb lepas.

Beliau berkata daripada jumlah 2,094 itu, sebanyak 1,415 unit akan dibina kerajaan persekutuan dan 573 unit oleh kerajaan negeri, manakala 106 unit lagi tidak memenuhi syarat pembinaan.

Pecahan pembinaan mengikut negeri ialah Kelantan (1,255 unit rumah oleh kerajaan persekutuan dan 572 unit oleh kerajaan negeri), Pahang (224 dibina kerajaan persekutuan, Terengganu (16 dibina kerajaan persekutuan dan seunit oleh kerajaan negeri) dan Perak (26 dibina kerajaan persekutuan).

"Untuk mempercepatkan usaha pembinaan rumah kekal baharu, kerajaan persekutuan akan menggunakan kaedah Industrialised Building System (IBS) di kawasan penempatan berkelompok," kata Shahidan.

Tags / Kata Kunci: Banjir , Rumha Kekal

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan