Tanglung Ketupat Serikan Sambutan Aidilfitri

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 9:00 AM

Khairul Anuar bersama tanglung ketupat hasil kraf istimewa Aidilfitri ini.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jika sebelum ini bintang raya dihasilkan sebagai hiasan sempena Aidilfitri, kali ini Khairul Anuar Othman menampilkan kreativitinya menerusi tanglung ketupat.

Hiasan terbaharu ini dihasilkan Khairul Anuar, 46 untuk mempelbagaikan produk di pasaran bagi menambahkan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini.

Kata Khairul, dia mendapat idea tersebut pada awal tahun ini semasa mula mengumpul bahan untuk membuat hiasan bintang raya.

"Saya membuat hiasan bintang raya sejak 2009 dan pada masa sama ada banyak hiasan seperti itu di pasaran, oleh itu saya lakukan sesuatu yang berbeza.

"Ketupat adalah salah satu hidangan utama untuk hari raya dan setakat ini saya tidak nampak adanya lampu berbentuk ketupat.

"Selepas beberapa percubaan dan melakukan kesilapan, saya berjaya menemui cara terbaik untuk membentuk rangka ketupat dengan menggunakan buluh," kata Khairul ketika ditemui di rumah yang juga bengkelnya di Lorong Shaik Eusoff di sini.

Selepas membentuk bingkai buluh dengan tali, Khairul Anuar menutup bahagian tersebut dengan kertas berwarna sebelum menambah lampu LED berwarna-warni, kaedah sama yang digunakan dalam menghasilkan bintang raya.

Setakat ini, Khairul menerima hampir 100 tempahan lampu ketupat itu dan bagi tempahan bintang raya pula mencecah 650 dan jumlah itu dijangka meningkat.

"Terdapat pesanan daripada orang ramai di sekitar Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kuala Lumpur.

"Ramai yang membuat pesanan sejak awal Jun dan saya benar-benar sibuk dan bekerja sehingga pukul 4 pagi setiap hari," katanya yang juga berniaga goreng pisang.

Khairul mula menghasilkan bintang raya sejak Januari dan menghasilkan 30 kraftangan tersebut setiap bulan.

Anak-anak perempuannya juga membantu untuk menampung permintaan yang besar terhadap bintang raya itu.

Kedua-dua tanglung berbentuk ketupat dan juga bintang ini dijual pada harga antara RM55 hingga RM350 mengikut saiz.

Pembabitannya dalam bidang kraf bermula pada 2008 apabila seorang rakannya meminta supaya dia membuat tanglung bintang raya dan ia mendorong Khairul Anuar untuk memulakan perniagaan.

Orang ramai yang berminat untuk menempah tanglung berbentuk ketupat atau bintang boleh menghubungi Khairul Anuar di talian 019-5941971.


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan