Pemandu Teksi KL Paling Teruk - Laman Perbandingan Teksi UK

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 10:32 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemandu teksi Malaysia mendapat pengiktirafan antarabangsa; atau lebih tepat, 'penghinaan' kerana sikap buruk mereka.

Laman perbandingan teksi British, LondonCabs.co.uk telah meletakkan pemandu teksi Kuala Lumpur di bahagian teratas dalam senarai perbandingan 10 pemandu teksi paling teruk di seluruh dunia.

"Pemandu dari Kuala Lumpur terkenal dengan suka mengecas tambang berlebihan kepada pelanggan.

"Walaupun mereka sepatutnya mengenakan bayaran mengikut meter, ramai pemandu menolak daripada berbuat demikian," kata LondonCabs.

"Nasihat terbaik adalah dengan hanya menunggu kenderaan lain jika pemandu bertegas enggan menggunakan meter," katanya.

Artikel ini turut menyatakan bahawa teksi di Kuala Lumpur sebagai 'agak buruk dan berada dalam kondisi yang teruk'.

Pemandu teksi di Rom berada di tempat kedua selepas Kuala Lumpur untuk kadar yang terlalu tinggi dan kekasaran pemandu mereka.

"Kebanyakan orang tidak dapat mencari kenderaan di Rom. Kereta adalah terhad dan pemandu sering bersikap kasar dan sukar untuk berurusan dengan mereka," kata LondonCabs.

"Jika hari hujan, bersedialah untuk membayar dua kali ganda atau tiga kali ganda harga untuk kenderaan di Rom," katanya.

Pemandu teksi mini di Bangkok berada di tempat ketiga dalam senarai kerana pemandunya sering sesat dan tidak tahu jalan.

Bandar-bandar lain yang tersenarai ialah Paris, New York, Mumbai, Zurich, Kaherah, Shanghai dan Moscow.
Tags / Kata Kunci: LondonCabs , pemandu teksi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan