1MDB: PAC Akan Soal Ketua Audit Negara

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 5:43 PM

Nur Jazlan memegang jawatan Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) sejak 16 Jun lalu.

Datuk Nur Jazlan Mohamed

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan menyoal Ketua Audit Negara (AG) mengenai penemuan awalnya berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB dibentangkan kepada mereka pada 9 Julai.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jawatankuasa itu akan diberi taklimat secara peribadi daripada AG mengenai audit yang dijalankan antara 10 Mac dan 15 Jun tahun ini.

"Beliau (AG) membentangkan laporan itu kepada PAC secara peribadi dan kita akan mempunyai sesi soal jawab.

"Kami akan bertanya kepadanya dalam skop audit dan sama ada saksi itu telah memberi kerjasama dan sama ada beliau mempunyai had atau menyekat pengauditannya," Nur Jazlan kepada The Star ketika dihubungi Khamis.

Beliau menambah, maklumat yang diberikan oleh AG, akan digunakan ketika menyoal ketua eksekutif dan lembaga pengarah 1MDB pada awal bulan Ogos.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam satu kenyataan sebelum ini berkata bahawa laporan interim telah disiapkan mengikut jadual.

Laporan lengkap akan datang adalah pada akhir tahun ini, katanya.

Mengenai panggilan supaya penemuan laporan interim didedahkan kepada Ahli Parlimen dan orang ramai, Nur Jazlan berkata ia terpulang kepada AG untuk membuat keputusan.

"Laporan AG adalah hak miliknya. Terpulang kepada beliau untuk mendedahkannya kepada awam atau tidak, " kata Ahli Parlimen Pulai ini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan