Najib Mahu MAIWP Sedia Guru Akademik Di Sekolah Tahfiz

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 1:51 PM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperluaskan fungsi bantuan sedia ada dengan menyediakan guru akademik kepada sekolah-sekolah tahfiz persendirian di Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata sekolah berkenaan perlu dibantu kerana difahamkan masalah kewangan merupakan antara sebab pusat pengajian agama itu tidak dapat menyediakan guru untuk pembelajaran akademik.

Katanya beliau telah berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Pengerusi MAIWP agar MAIWP membantu menyediakan guru akademik bagi membolehkan pelajar-pelajar tahfiz turut diajar ilmu lain selain ilmu agama.

"Saya kata elok MAIWP sediakan guru-guru akademik untuk sekolah tahfiz sebab budak-budak ini sememangnya pandai.

"Kalau mereka boleh hafal al-Quran mereka juga boleh jadi ahli sains dan profesional lain yang hebat," katanya pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal MAIWP di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, Khamis.

Najib berkata selain pembinaan akidah dan akhlak dalam kalangan pelajar, pengajaran akademik juga penting kerana ilmu itu juga merupakan antara tonggak dalam membantu membangunkan kekuatan umat Islam.

Perdana menteri berkata dengan penyediaan pelbagai bidang ilmu, pelajar-pelajar tahfiz akan menjadi lebih cemerlang dalam kerjaya sekali gus dapat terus membantu umat Islam yang lain menerusi zakat yang dikeluarkan.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan sumbangan Aidilfitri MAIWP berjumlah RM18.27 juta kepada 53,800 asnaf fakir, miskin dan muallaf di Wilayah Persekutuan.

Tags / Kata Kunci: Tahfiz , MAIWP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan