Saya Mahukan Kebenaran MH17 - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 7:10 PM

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Saya juga mahukan kebenaran," demikian kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merujuk kepada insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh setahun lalu.

Bagaimanapun tegasnya, keadaan geo politik di Ukraine iaitu dilokasi pesawat malang itu terhempas tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada proses untuk mendapatkan keadilan.

"Kita menuntut penjelasan kerana saya bukan sahaja terlibat sebagai menteri ketika insiden itu berlaku, tapi nenek tiri saya juga berada dalam pesawat itu. Saya mahukan kebenaran, saya ingin tahu siapa yang terlibat.

"Secara asasnya Malaysia akan buat pendirian kerana ia adalah pesawat kita...penumpang kita dan orang yang kita sayang telah ditembak jatuh.

"Jadi ketepikan geo politik.Kita mesti jadikan suara kita didengari. Sebagai 'next of kin', saya mahu suara saya didengari hari ini," katanya kepada pemberita pada sidang media di Menara Dato' Onn di sini, Khamis.

Pesawat malang MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine setelah ditembak jatuh di ruang udara negara yang bergolak itu pada 17 Julai lepas.

Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine turut melibatkan 44 warga Malaysia serta Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Seorang daripada 283 penumpang yang terkorban dikenali sebagai Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah nenek tiri kepada Hishammuddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas lanjut mengenai insiden malang itu, Hishammuddin berkata Malaysia menunggu laporan akhir siasatan yang dijangka akan dikeluarkan pada Oktober depan.

"Kabinet dimaklumkan bahawa siasatan masih dijalankan dan amat menyedihkan kerana ia sudah berlaku selama setahun.

"Kita tunggu, kerana ini bukan seperti insiden MH370 yang kita tak jumpa pesawat. Kes ini kita dapat kotak hitam, kita ada bukti yang kukuh.

Sebagai pihak yang berminat, saya sangat menantikan laporan itu," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan