ATM Terima Sumbangan Raya RM1.82 Juta

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 2:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Rabu menerima sumbangan berbentuk kewangan dan barangan berjumlah RM1.82 juta daripada pelbagai pihak sempena Aidilfitri.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima sumbangan itu dalam satu majlis yang diadakan di Wisma Pertahanan di sini.

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) menjadi penyumbang terbesar dengan anggaran kos barangan makanan sebanyak RM230,000, diikuti sektor korporat, pertubuhan bukan kerajaan, badan politik, pertubuhan sukarela dan syarikat-syarikat swasta.

Yang Dipertua BAKTI yang juga isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir bagi menyampaikan sumbangan berkenaan.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Naib Yang Dipertua BAKTI yang juga isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Pada majlis itu, ATM turut menerima sumbangan zakat berjumlah RM1.403 juta daripada tiga badan korporat iaitu Affin Islamic Bank Berhad (RM700,000), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (RM353,000) dan Koperasi Tentera (RM350,000).

Dalam ucapannya, Hishammuddin berkata seramai 20,000 anggota akan bertugas pada musim perayaan ini di dalam dan luar negara termasuk 911 pegawai dan anggota yang bertugas di bawah misi Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan, Mindanao, Afghanistan, Congo, Sudan, Sahara Barat dan Liberia.

Selain menyediakan beg sumbangan kepada anggota terbabit, beliau berkata sumbangan kewangan yang diterima hari ini akan disalurkan ke Tabung Kebajikan Angkatan Tentera bagi membantu kebajikan anggota ATM; balu serta tanggungan jika berlaku kematian, membantu kos pendidikan anak-anak anggota, dan menyediakan peralatan atau sokongan yang tidak dibiayai oleh peruntukan kerajaan.

Sementara itu, Rosmah dalam ucapan balasnya berkata khidmat warga tentera pada waktu rakyat Malaysia merayakan Aidilfitri adalah satu pengorbanan suci yang jujur dan ikhlas.

"Semoga bungkusan yang dikirimkan ini dapat mengubat kerinduan terhadap suasana hari Raya bersama keluarga sekali gus menyemarakkan lagi semangat juang dan rela berkorban demi agama, bangsa dan tanah air tercinta," katanya mewakili BAKTI yang telah menyumbang kepada ATM sejak 1986.

Tags / Kata Kunci: ATM , Tentera

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan