Umno Sumbang Kurma, Air Zam-Zam Kepada Masjid Seluruh Negara - Berita Semasa | mStar

Umno Sumbang Kurma, Air Zam-Zam Kepada Masjid Seluruh Negara

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Biro Kebajikan UMNO Malaysia pada Rabu menyumbangkan buah kurma dan air zam-zam kepada semua masjid di seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata agihan yang bermula pada Rabu termasuk kepada surau-surau terpilih dijangka selesai sebelum 10 Julai ini, katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan itu kepada wakil-wakil UMNO Bahagian di Perlis di sini, pada Rabu.

Beliau berkata biro kebajikan parti itu turut menyumbangkan kain untuk sepasang baju Melayu kepada pegawai masjid dan surau.

"(Bagaimanapun) saya ingin menjelaskan bahawa tidak semua pegawai masjid akan mendapat kain baju Melayu kerana ramai telah menerimanya sejak program ini dilaksanakan tiga tahun lepas," katanya.

Setiap masjid diperuntukkan 10 kilogram kurma dan 10 liter air zam-zam, katanya dan menambah bagi negeri Perlis, sebanyak 105 buah masjid dan tiga surau mendapat sumbangan itu.

Menurut Abdul Azeez sumbangan untuk negeri Sarawak dan Sabah akan dibuat melalui Pejabat Ketua Menteri masing-masing pada 8 dan 9 Julai ini.

Tags / Kata Kunci: Umno , Kurma

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan