Kerajaan Negeri Sedia Bas Percuma Untuk Penduduk Selangor

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 2:55 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM3.6 juta untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma 'Selangorku' kepada rakyat melibatkan tiga laluan utama di negeri ini bermula Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian  and  Perdagangan, Industri Kecil  and  Sederhana dan Pengangkutan Datuk Teng Chang Khim berkata sebanyak 11 buah bas Rapid KL yang disediakan oleh Rapid Bus Sdn Bhd digunakan bagi tujuan itu.

Beliau berkata laluan-laluan berkenaan melibatkan Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.

"Bas akan melalui semua stesen komuter, PBT (pihak berkuasa tempatan), sekolah dan pejabat kerajaan negeri. Buat masa ini perkhidmatan bas percuma hanya di tiga kawasan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Kita berharap perkhidmatan ini akan dikembangkan lagi ke kawasan Ampang dan Kajang dalam tahun ini juga kerana kita sedia maklum dua kawasan ini menghadapi kesesakan trafik agak teruk," katanya dalam sidang media selepas melancarkan perkhidmatan bas percuma itu di sini, Rabu.

Mengulas lanjut, Teng berkata bas Rapid KL yang digunakan dalam perkhidmatan bas 'Selangorku' turut dilengkapi kemudahan WIFI secara percuma dan mesra OKU (Orang Kelainan Upaya).

Beliau berkata perkhidmatan bas percuma ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk warga asing.

Sementara itu, Rapid Bus, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata pihaknya menyediakan perkhidmatan bas percuma itu bermula 6 pagi sehingga 9 malam setiap hari dan akan beroperasi dengan kekerapan setiap 15 minit bagi ketiga-tiga laluan.

Menurutnya, laluan bas di Shah Alam adalah sepanjang 20.2km antara stesen KTM Komuter Seksyen 19 dan Wisma Jakel di Seksyen 7 manakala perkhidmatan bas di bandar Klang pula melibatkan laluan pusingan sepanjang 8.5km yang bermula dan berakhir di Wisma Tahfiz.

Perkhidmatan bas di Subang Jaya adalah antara KTM Komuter Subang Jaya dan USJ 6 serta Stesen 7 perkhidmatan Bas Rapid Transit Laluan Sunway, yang mula beroperasi bulan lepas, katanya.

Tags / Kata Kunci: Selangorku , Rapid

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan