Kementerian Tidak Halang 'Perubatan Pelengkap' Rawat Denggi

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 12:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak menghalang mana-mana pihak untuk mengamalkan konsep 'perubatan pelengkap' dalam konteks rawatan dan pemulihan pesakit-pesakit denggi, Dewan Negara diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, walaupun konsep itu dibenarkan, rawatan mengikut prosedur biasa di hospital tetap dijalankan terhadap pesakit sehingga benar-benar pulih, kerana ia bukanlah rawatan alternatif.

"Kita tidak melarang keluarga pesakit menggunakan perubatan pelengkap  seperti jus daun betik dan sup ketam dan didapati (pengambilan) jus daun betik ada kejayaan kerana ia dapat meningkatkan bilangan platelet," katanya semasa menjawab soalan Senator S. Bagiam Ayem Perumal.

Bagiam ingin tahu adakah benar rawatan tradisional seperti penggunaan jus daun betik dan sup ketam benar-benar membantu pesakit denggi kembali pulih dan apakah pendirian kerajaan terhadap rawatan tradisional itu.

Sementara itu, menjawab soalan asal, Hilmi memberitahu hasil pelaksanaan Operasi Mega dari Julai hingga September 2014, kes denggi mingguan berjaya dikurangkan daripada 3,000 kes seminggu kepada 1,800 kes.

"Walau bagaimanapun situasi ini tidak dapat dikekalkan dan trend kes denggi menunjukkan peningkatan semula selepas berakhirnya Operasi Mega dan berterusan sehingga awal Februari tahun ini dengan purata jumlah mingguan 3,000 kes.

"Namun pada Mac dan April lepas jumlah kes berkurang kepada kurang 2,000 kes seminggu dan trend kes denggi yang berubah-ubah dipengaruhi oleh pelbagai faktor terutama cuaca, trend kes pada tahun terdahulu (corak kitaran), perubahan serotip dan pergerakan populasi, terutama pesakit yang telah dijangkiti denggi," katanya.

Beliau berkata, sehubungan itu keberkesanan aktiviti pencegahan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor yang sukar dikawal oleh Kementerian Kesihatan.

Dr Hilmi bagaimanapun berkata tindakan pencegahan oleh semua pihak sangat penting kerana tanpa penglibatan masyarakat transmisi jangkitan sukar dikawal kerana punca pembiakan Aedes masih banyak di sekeliling kita.

Tags / Kata Kunci: Denggi , Jus Betik

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan