Aidilfitri Suram: Rumah, Baju Raya Hangus Sekelip Mata

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 8:00 AM

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran rumah papan di Jalan P. Ramlee, Isnin.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Hanya dua minggu sebelum Aidilfitri, Mariam Che Mat sekeluarga ditimpa musibah apabila kediaman mereka dijilat api, sekali gus memusnahkan pelbagai keperluan sempena perayaan itu.

"Kami hilang kesemuanya, persediaan bagi menyambut Hari Raya  musnah," kata suri rumah berusia 67 tahun itu.

Menceritakan lebih lanjut, wanita itu berkata, dia sedang menonton televisyen apabila terdengar namanya dijerit oleh jiran pada pukul 2.15 petang, Isnin.

"Saya bergegas keluar dari rumah dan ternampak bumbung rumah saya serta rumah jiran terbakar," katanya yang membayangkan suasana suram menanti seisi keluarganya menjelang Aidilfitri nanti.

Kejadian itu memusnahkan pakaian baharu serta hiasan rumah di Jalan P. Ramlee yang disediakan bagi menyambut Aidilfitri tahun ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Yamin Tekor berkata, lima jentera serta 32 anggota tiba ditempat kejadian dalam masa lima minit selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.17 petang.

"Tiga rumah papan musnah tetapi kami berjaya menghalang api daripada merebak ke kediaman berdekatan.

"Api merebak dengan lebih cepat kerana faktor cuaca panas," katanya yang menerangkan api telah dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.30 petang.

Yamin menerangkan, pasukan forensik akan menjalankan siasatan terperinci bagi menentukan punca kebakaran.

"Skuad sukarela peronda api dari Sri Tanjung, Jalan Perak, Paya Terubong dan Pulau Tikus turut terlibat dalam operasi tersebut," katanya lagi.

Tags / Kata Kunci: Aidilfitri , bomba , Jalan P.Ramlee

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan