Bubur Lambuk Pak Hassan Kampung Baru Laris, Cecah 7,500 Bungkus Sehari

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 8:00 AM

Pak Hassan (kanan) sedang menyiapkan bubur lambuk yang sentiasa mendapat sambutan ramai setiap kali Ramadan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bubur Lambuk Pak Hassan, Kampung Baru laris dijual sehingga 7,500 bungkus sehari pada harga RM2 sebungkus sempena  Ramadan.

Pengusahanya, Abu Bakar Mohamad, 69, atau lebih terkenal sebagai Hassan berkata, kira-kira 30 periuk besar bubur lambuk dihasilkan pada setiap hari bekerja dan sekurang-kurangnya 15 periuk besar pada hujung minggu dengan anggaran kos antara RM200 dan RM250 setiap periuk.

Menurut beliau, permintaan akan meningkat apabila terdapat pesanan daripada syarikat korporat.

"Pada hari pertama puasa tahun ini, kami menghasilkan 31 periuk besar bubur lambuk dan paling banyak mencecah 39 periuk besar pada minggu kedua puasa.

"Satu periuk besar dapat menghasilkan sebanyak antara 250 dan 260 bungkus bubur lambuk," katanya kepada Bernama.

Menurut Abu Bakar rutin harian memasak bubur lambuk pada bulan Ramadan ini bermula selepas solat Subur dan memakan masa dua jam dengan dibantu 24 petugas termasuk ahli keluarga dan jiran.

Abu Bakar yang berasal dari Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah dan merantau ke  ibu kota sejak 19 tahun lepas berkata ilham untuk menghasilkan bubur lambuk Pak Hassan tercetus pada 1983 sempena bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru.

Orang ramai mula beratur seawal tengah hari bagi membeli bubur lambuk Pak Hassan yang terkenal di Kampung Baru. Bubur lambuk itu dijual pada harga RM2 sebungkus.

Pada tahun berikutnya beliau memberanikan diri untuk mengusahakan bubur lambuknya sendiri dan dari tahun ke tahun usaha gigih beliau mendapat sambutan yang menggalakkan.

Mengenai persaingan dengan peniaga lain, Abu Bakar berpendapat beliau tiada masalah dengan perkara tersebut kerana sentiasa menjaga kualiti bubur yang dihasilkan.

"Walaupun mempunyai ramai kakitangan untuk membantu, hanya saya seorang yang akan memasak bagi memastikan rasa bubur sekata dan terkawal," katanya.

Seorang pelanggan, Mohd Khusairi Alias, 50, dari Cheras berkata sejak dari zaman bujang hingga sudah mendirikan rumah tangga, hampir saban tahun beliau akan ke Kampung Baru semata-mata untuk membeli bubur lambuk kerana rasa buburnya yang bukan sahaja sedap malah tidak berubah sejak dahulu.

Pengurus Operasi F and B di salah sebuah hotel di ibu kota, Mohd Fadzli Mohd Anif, 39, pula berpendapat bubur lambuk Pak Hassan menjadi pilihan beliau dan rakan-rakan setiap tahun kerana harganya berpatutan dan pernah memesan sebanyak empat periuk untuk pejabatnya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: bubur lambuk , Pak Hassan , Kampung Baru , Ramadan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan