Fitch Tingkat Prospek Malaysia Daripada Negatif Kepada Stabil

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 10:54 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha berterusan Malaysia menambah baik asas ekonomi dan pengurusan fiskal berhemat kerajaan menunjukkan hasil apabila agensi penarafan Fitch mengesahkan penarafan mata wang asing jangka panjang negara kepada A- serta menyemak naik prospeknya kepada stabil daripada negatif.

Semasa mengulas terhadap keyakinan yang ditunjukkan oleh agensi penarafan antarabangsa itu mengenai kecermatan fiskal Malaysia, Datuk Seri Wahid Omar yang nyata gembira berkata penarafan Fitch kini seiring dengan S and P (A-, Prospek Stabil) dan Moody's (A3, Prospek Positif).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perancangan ekonomi itu berkata Fitch Ratings juga mengesahkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang tempatan Malaysia pada 'A', bon mata wang tempatan tanpa cagaran senior pada 'A', siling negara pada 'A' dan IDR Mata wang Asing Jangka Pendek pada 'F2'.

"Berita positif yang dinanti-nanti ini menunjukkan pengurusan fiskal berhemat dan dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan," kata beliau dalam kenyataan ringkas.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada 5.6 peratus pada suku pertama 2015, meskipun terdapat kebimbangan terhadap ketidaktentuan dalam harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Inflasi, sebagaimana yang diukur oleh perubahan tahunan dalam indeks harga pengguna (IHP), berpurata agak rendah pada 0.7 peratus pada suku pertama.

Lebihan dagangan negara berjumlah RM21.3 bilion pada suku berkenaan manakala rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM389.7 bilion sehingga 31 Mac, 2015.

Fitch, dalam penafaran Malaysia, berkata kewangan fiskal negara bertambah baik sejak tahun lepas dengan defisit kerajaan berkurangan daripada 4.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.8 peratus pada tahun lepas.

Sementara itu hutang kerajaan susut berbanding KDNK, turun daripada 54.7 peratus pada akhir 2013 kepada 53.9 peratus pada akhir 2014.

Fitch berkata ia melihat perkembangan dalam GST dan pembaharuan subsidi bahan api sebagai menyokong kewangan fiskal.

Pengurangan defisit selanjutnya diunjurkan tahun ini meskipun harga minyak yang lebih rendah.

Ia berkata kedudukan pasaran modal tempatan Malaysia menyokong keperluan kewangan domestik negara. 

Tags / Kata Kunci: Fitch

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan