DCA-ECAC Meterai Perjanjian Kerjasama

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 6:39 PM

Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman (duduk kiri) dan Presiden ECAC, Ingrid Cherfils menandatangani dokumen sambil disaksikan Tiong Lai (berdiri kiri) dan Setiasuaha Eksekutif ECAC, Salvatore Sciacchitano.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perjanjian kerjasama baharu ditandatangani antara Jabatan Penerbangan Awam dan Badan Penerbangan Awam Eropah (ECAC) bagi mengukuhkan hubungan kedua pihak.

"Perkongsian ini bagi membolehkan adanya perkongsian ilmu berkaitan trend penerbangan, penyertaan dalam acara antarabangsa dan mesyuarat, selain kerjasama antara organisasi untuk kegiatan latihan dan initiatif lain," kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Rabu.

Tiong Lai menambah, perjanjian itu juga bersifat sebagai pemangkin pertumbuhan sosio ekonomi antara Malaysia dan Eropah.

"Menerusi kerjasama ini, gabungan yang lebih rapat dalam pelbagai aspek berkaitan penerbangan awam antarabangsa terutama aspek keselamatan, pembangunan bakat, peraturan, siasatan kemalangan, kawalan keselamatan dan alam sekitar.

"Malaysia juga berharap ia dapat membentuk ekosistem yang mampan untuk menyokong visi bersama untuk keselamatan dan kecekapan sektor penerbangan awam antarabangsa," katanya.

Tiong Lai yang demikian ketika berucap pada Sesi Plenari ECAC ke-34 yang berlangsung Selasa juga menyatakan hasrat Malaysia untuk mendapat sokongan pihak ECAC berkaitan pengesanan masa sebenar global dan ketahanan bateri kotak hitam serta perkongsian maklumat mandatori antara Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), ahlinya serta industri penerbangan.

Tags / Kata Kunci: DCA , ECAC , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan