CEO The Edge Pertahan Tindakan Mereka Terbitkan Artikel 1MDB

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 11:03 PM

Ho Kay Tat...penerbit dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media The Edge.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit akhbar bisnes dan kewangan The Edge turut mengesahkan yang mereka telah menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penerbitan artikel mengenai 1MDB tetapi mempertahankan tindakan mereka menerbitkannya.

Ketua Pegawai Eksekutif the Edge Media Group, Ho Kay Tat berkata, mereka telah diberi tujuh hari untuk menjawab surat tunjuk sebab itu mengapa tindakan tidak boleh diambil kerana menyiarkan sesuatu yang tidak tepat mengenai 1MDB sehingga menimbulkan salah faham dan kekeliruan umum.

Menurut Kay Tat, tindakan yang mereka terima itu adalah di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Kami telah dituduh menerbitkan artikel mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa telah mencetuskan kekeliruan dan keraguan mengenai kerajaan dan institusi kewangan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun Kay Tat menegaskan yang “The Edge yakin serta percaya yang artikel mereka adalah berasaskan kebenaran.

"Sehingga sekarang tidak ada siapa pun yang disebut di dalam artikel itu telah mengambil tindakan undang-undang ke atas kami.

“Sebagaimana yang pernah kami nyatakan sebelum ini, kami berdiri teguh di belakang penerbitan artikel tersebut sebagai benar dan kami berhasrat untuk membuktikannya,” ujarnya lagi.

Menurut penerbit itu, surat tunjuk sebab yang mereka terima tidak menyatakan secara spesifik artikel manakah yang KDN rujuk sebagai tidak tepat dan sejak enam bulan yang lalu Kumpulan Media The Edge telah menerbitkan 300 artikel berhubung dengan 1MDB berasaskan pelbagai sumber antaranya Bernama, Bloomberg, Reuters, Business Times dan Euromoney.

Oleh yang demikian Kay Tat berkata, pihaknya telah memohon agar tempoh tujuh hari yang diberikan itu dilanjutkan bagi membolehkan mereka menyediakan jawapan yang menyeluruh serta lengkap dan juga meminta pihak KDN secara spesifik menyatakan artikel manakah yang dirujuk sebagai tidak tepat dan mencetuskan kekeliruan kepada masyarakat.

Rabu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong sewajarnya bertanggungjawab ke atas laporan yang tidak tepat ke atas 1MDB.


iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan