Pusat Perkhidmatan Ekspatriat, MYXpats Mula Beroperasi Rabu

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2015 4:23 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) membuka pusat perkhidmatan ekspatriat yang dikenali Malaysia Expatriate Talent Service Centre (MYXpats Centre) pada Rabu.

Menerusi kenyataan bersama pada Selasa, pusat tersebut yang terletak di Menara Surian, di sini akan memperoses permohonan dan mengeluarkan semua pas penggajian dan pas berkaitan untuk ekspatriat yang bekerja di Malaysia. 

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pembukaan MYXpats Centre memperlihatkan tahap perkhidmatan imigresen baharu yang dipertingkatkan. 

"Melalui pemantauan ke atas sistem kendalian kerajaan yang selamat, kami akan memastikan permohonan diproses dengan cekap, bagi membolehkan kami melaksanakan peningkatan dalam perkhidmatan imigresen yang dimulakan dengan pelancaran Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat (ESD) pada tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Johan Mahmood Merican pula berkata: "Dengan memanfaatkan pengalaman usahasama kami dengan majikan terkemuka dalam sektor industri utama, kami berbangga dapat bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi memudahcarakan lagi pelabur dan majikan terkemuka mendapatkan set kemahiran asing yang diperlukan melalui MYXpats Centre." 

Tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai sasaran untuk meluluskan permohonan pas penggajian dalam tempoh lima hari bekerja bagi majikan yang berdaftar bersama Jabatan Imigresen. 

Menurut kenyataan itu, dari Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 54 peratus permohonan pas penggajian telah diluluskan dalam tempoh lima hari.

"Sejak MYXpats Centre memulakan operasi pada Jun 2015, lebih 70 peratus daripada kelulusan permohonan Pas Penggajian di dalam Jun telah memenuhi piagam pelanggan lima hari," katanya.

MYXpats Centre akan memproses dan mengeluarkan pas ekspatriat berikut: Pas Penggajian (Kategori I), Pas Penggajian (Kategori II), Pas Tanggungan, Pas Lawatan Sosial (Jangka Panjang) dan Pas Lawatan (Kerja Sementara) bagi Pembantu Rumah.

Bermula 1 Julai, pusat tersebut akan melaksanakan Visa Dengan Rujukan Elektronik (eVDR), membolehkan syarikat memuat turun dan mencetak surat permohonan visa, dan syarikat tidak lagi perlu mengambil surat kelulusan visa daripada Jabatan Imigresen.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan