Najib Mahu Anwar Diberi Rawatan

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2015 8:50 PM

Najib
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kebimbangan mengenai tahap kesihatatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

"Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan memastikan beliau menerima rawatan sewajarnya," tulis Najib di Twitter pada lewat petang Selasa.


Susulan itu, isteri Anwar yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menulis di Twitter merayu supaya supaya Najib mengambil langkah sewajarnya berhubung perkara berkenaan.

"@NajibRazak salam, pls do the needful (Salam, tolang lakukan apa yang perlu)," kata Dr Wan Azizah.

Terdahulu peguam Anwar mahu bekas Ketua Pembangkang itu ditahan di bawah tahanan kediaman bagi membolehkannya mendapat akses rawatan dan penjagaan kesihatan.


Peguamnya R. Sivarasa mendakwa kesihatan Anwar merosot dengan cepat di penjara Sungai Buloh kerana tidak diberikan akses kepada rawatan yang diperlukan.

Menerusi kenyataan media, Sivarasa mendakwa doktor memberitahu Anwar bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lanjut berkaitan beberapa isu perubatan termasuk tekanan darah yang tidak teratur, ketumbuhan 4cm pada buah pinggang yang memerlukan imbasan CT, gastritis yang memerlukan diet bebas gluten, dan otot bahu yang koyak dan artritis kronik yang memerlukan rawatan fisioterapi intensif.

Menurut Sivarasa pihak penjara memberitahu tidak menerima sebarang laporan perubatan dari hospital yang meminta ujian lanjut dan tidak ada kemudahan untuk ujian atau rawatan kepada keadaannya itu.

Anwar sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 2 Jun sebelum dibenarkan keluar pada 5 Jun.

Anwar dihukum penjara pada bulan Februari selama lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan