1MDB: Jangan Buat Kesimpulan Sebelum Siasatan Selesai

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Matlamat kerajaan pada ketika ini adalah untuk mencari kebenaran tentang kebocoran dokumen mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Kami mahu tahu tentang jenayah yang dia lakukan dan jangan buat apa-apa kesimpulan lagi," katanya merujuk kepada bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo yang ditahan di Thailand minggu lepas.

Tambah beliau: "Proses siasatan harus dilakukan sebelum sebarang keputusan dibuat mengenai Justo."

Selain itu Ahmad Shabery berkata, Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua sepatutnya menarik diri daripada menganggotai jawatankuasa itu kerana sikap berat sebelahnya terhadap siasatan isu kontroversi 1MDB.

Tambah beliau ahli politik DAP itu sering mengeluarkan kenyataan menghakimi sewaktu proses siasatan oleh PAC masih berjalan.

"Dia patut keluar daripada PAC. Dia akan malukan bukan saja PAC, tetapi juga sistem Parlimen itu sendiri.

"Dia patut bertanggungjawab," katanya kepada wartawan pada satu majlis di sini, Isnin.

Ahmad Shabery juga menyifatkan tindakan Pua yang juga Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara yang cenderung mengkritik 1MDB sebagai merendahkan martabat dirinya.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tanggapan bahawa dokumen yang dibocorkan Justo telah diubahsuai dibuat berdasarkan andaian yang logik.

Menurut beliau pihaknya tidak dapat membuat andaian lain selain ianya telah diubahsuai kerana dokumen perjanjian antara PetroSaudi dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu datang dari Justo sendiri.

"Mudah sahaja... individu yang ditahan ialah Xavier Justo, dan dokumen dilihat bersamanya. Jadi kita tak dapat buat andaian lain selain dia yang membuat pengubahsuaian itu," kata beliau pada sidang media selepas pelancaran pameran GPEC Asia 2015 di sini.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Xavier Andre Justo

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan