Gaya Songkok Baharu: Corak Kek Lapis, Kain Pelikat & Celoreng Askar

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2015 8:30 AM

Songkok pelbagai corak sebagai pelengkap baju Melayu bagi mereka yang inginkan kelainan pada sambutan Aidilfitri boleh didapati di Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (Kompleks Islam Sarawak) di Kuching.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Bagi mereka yang inginkan kelainan corak songkok yang akan dipakai sebagai pelengkap baju Melayu pada sambutan Aidilfitri nanti, songkok berjenama AKIM mungkin ada jawapannya.

Perniagaan yang diusahakan pasangan Kalsum Bee Mohd Yusuf, 50, dan suami Abang Abdul Razak Abang Amin Bujang, 47, tampil dengan empat corak terbaharu tahun ini iaitu songkok corak kek lapis, kain pelikat, mata ayam dan celoreng askar.

Mewarisi perniagaan berusia 60 tahun itu daripada datuknya, Kalsum Bee berkata idea membuat songkok corak baharu itu timbul selepas melihat trend anak muda zaman sekarang yang bijak berfesyen.

"Kita boleh lihat tahun lepas (2014) ada pelbagai fesyen digayakan anak-anak muda, antaranya mereka dilihat gemar memakai seluar kain pelikat dan baju bercorak celoreng askar.

"Jadi perniagaan AKIM pada tahun ini, buat sedikit kelainan pada corak songkok yang dihasilkan," katanya ketika ditemui di Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (Kompleks Islam Sarawak), di sini.

Menurut beliau, songkok unik yang dihasilkan itu berbeza daripada segi corak dan warnanya dan ia bagi memenuhi kehendak pelanggan yang tercari-cari trend terbaharu untuk kelihatan bergaya dan sedondon pada hari lebaran.
 

Songkok yang dihasilkan mempunyai beberapa variasi dengan saiz 4 1/2 inci, 5 inci dan 6 inci serta dijual dengan harga RM80 hingga RM120 sebuah.

Songkok corak kek lapis dihasilkan daripada kain baldu manakala tiga lagi corak iaitu kain pelikat, mata ayam dan celoreng askar dihasilkan menggunakan kain kapas.

Abang Abdul Razak berkata lebih menarik, songkok dengan corak terbaharu itu tidak dibuat secara pukal sebaliknya perlu ditempah terlebih dahulu dan ini menjadikan songkok tersebut, lebih eksklusif.

"Tempahan yang diterima sudah melebihi 20 biji. Kami jangka tempahan akan terus meningkat seminggu sebelum raya," katanya.

Bercerita mengenai kualiti produknya, Kalsum Bee berkata songkok yang cantik bergantung kepada cara jahitan, konsep potongan kain dan bahan yang digunakan.

"Sebenarnya, membuat songkok memerlukan ketelitian...setiap kali saya menerima tempahan ini bermakna hasil kerja tangan saya mendapat kepercayaan daripada pelanggan.

"Selain menyiapkan kerja dalam tempoh yang diberikan, saya juga perlu memastikan setiap songkok yang dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi," kata ibu kepada empat cahaya mata itu.

Tags / Kata Kunci: songkok , AKIM

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan