ETS: Tindakan Undang-Undang Jika Operasi Tanpa Kelulusan SPAD - Syed Hamid

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2015 1:23 PM

ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar perlu mendapatkan kelulusan SPAD sebelum memulakan operasi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang jika Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) memulakan operasi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari bandaraya ini ke Padang Besar, Perlis pada 1 Julai, sebelum mendapat kelulusan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pengendali perkhidmatan berkenaan sedia maklum bahawa syarat utama adalah memenuhi aspek keselamatan dan piawaian yang ditetapkan SPAD.

Syed Hamid berkata, sekiranya KTMB tetap ingin beroperasi pada 1 Julai ini seperti mana diumumkan, maka SPAD terpaksa mengambil tindakan undang-undang.

"Kita dah bagi nasihat, mereka nak langgar undang-undang, kita  terpaksa ambil tindakan. Jadi kita nasihatkan mereka supaya tunggu dulu.

"Apa sahaja boleh berlaku, masih ada 12 hari lagi menjelang raya, ada cukup masa lagi (dapat kelulusan beroperasi) bagi membolehkan ETS beroperasi pada Aidilfitri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran kenderaan operasi bergerak SPAD di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, Selasa.

Menurut beliau, selagi belum mendapat kelulusan SPAD, perkhidmatan ETS tidak boleh beroperasi walaupun KTMB sudah mengumumkan tarikh untuk memulakan operasinya baru-baru ini.

"Mengikut undang-undang, sebelum mulakan perkhidmatan, perlu mendapat kelulusan SPAD. Kalau KTMB nak umum apa-apa sebelum kelulusan SPAD, mereka tak boleh mulakan operasi perkhidmatan itu," katanya.

Pada masa sama, Syed Hamid turut menolak dakwaan bahawa SPAD sengaja melengah-lengahkan operasi perkhidmatan ETS.

"Bukan kita lambat-lambatkan (kelulusan) seperti dakwaan sesetengah pihak. Apabila bagi kelulusan, kita mahu memastikan  keselamatan orang awam terpelihara," katanya.

Jelas beliau, proses kelulusan operasi perkhidmatan ETS juga mengambil kira pelbagai aspek antaranya, keadaan landasan, tren dan keselamatan orang awam.

Pada Khamis lalu, Presiden KTMB, Sarbini Tijan berkata perkhidmatan ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dijangka beroperasi bermula 1 Julai ini.



Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang menghubungkan bandaraya ini ke Padang Besar, Perlis hanya akan beroperasi menjelang Aidilfitri jika memenuhi aspek keselamatan dan piawaian yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, syarat utama adalah pengendali pekhidmatan itu, Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) mendapat kelulusan SPAD sebelum beroperasi sepenuhnya.



Tags / Kata Kunci: ETS , SPAD , KTMB , Syed Hamid Albar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan