DAP-Azmin Gagal Capai Keputusan

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2015 11:20 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perbincangan pemimpin DAP Selangor dengan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali hari ini tentang kemelut hubungan antara parti itu dengan PAS dalam kerajaan negeri tidak mencapai sebarang keputusan.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua Kiam Wee berkata berikutan perjumpaan dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama hampir setengah jam itu, satu lagi perjumpaan akan diadakan selepas hari raya Aidilfitri.

Namun hasil daripada pertemuan itu, pihaknya kini lebih jelas mengenai kedudukan wakil-wakil daripada DAP, PAS dan PKR dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini pada Selasa.

Ketika ditanya sama ada pemimpin DAP menyokong pentadbiran Mohamed Azmin, Pua berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu.

"Isunya bukan sebab kedudukan Azmin sebagai menteri besar. Kita ada bincang mengenai kedudukan PAS untuk kekalkan Selangor kepada Pakatan Rakyat namun tiada keputusan dicapai," katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin menafikan pentadbiran kerajaan negeri Selangor dilanda kemelut seperti yang diuar-uarkan sebaliknya memberi jaminan akan terus membangunkan negeri ini.

Katanya pertemuan dengan DAP adalah perjumpaan berkala bagi membincangkan beberapa perkara dan menyifatkan ia berjalan dengan harmoni walaupun tidak mencapai sebarang keputusan.

Pada 16 Jun lepas, DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti itu, PKR dan PAS tidak lagi wujud apabila Muktamar PAS baru-baru ini memutuskan hubungan dengan DAP dilihat 'membunuh' pakatan itu.

Namun, pada 21 Jun lepas, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  berkata kerjasama dan semangat dalam menjalin hubungan kerja antara ketiga-tiga parti itu masih diteruskan.

PAS pula menerusi Majlis Syuranya setakat ini dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , Tony Pua , DAP , PKR

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan