Tiada Rancangan Tukar Anggota Lembaga Pengarah 1MDB - Ahmad Husni

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 3:25 PM

Ahmad Husni.

Ahmad Husni Hanadzlah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada cadangan untuk menukar angggota Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah dilantik sebelum ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Bercakap pada persidangan Dewan Negara pada Isnin, beliau turut menyifatkan  penahanan bekas Eksekutif PetroSaudi International (PSI) Ltd, Xavier Justo, di Thailand baru-baru ini telah memberi banyak impak terhadap perkembangan isu 1MDB.

"Sebelum ini 1MDB dilihat sebagai syarikat yang 'fragile' (goyah), ada skandal dan pelbagai tuduhan daripada media 'online' (dalam talian).

"Dengan penangkapan Justo, berdasarkan apa yang Justo nyatakan bermakna isu-isu itu tidak timbul, bermakna bahawa 1MDB berada atas landasan yang betul," katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi pihak Kementerian Kewangan.

Malah, kata Ahmad Husni, kerajaan kini sedang menunggu laporan lengkap (mengenai siasatan Justo) sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Pada Rabu lepas, akhbar melaporkan mengenai penahanan Justo oleh polis Thailand dan beliau didakwa atas tuduhan cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi yang dikenali di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalinkannya dengan 1MDB.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ahmad Husni sekali lagi menegaskan hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih tidak dapat diumumkan berikutan beberapa justifikasi yang masih perlu dilakukan.

Jelasnya, daripada hasil kutipan cukai itu, aspek pengiraan lanjut masih perlu dibuat kerana banyak perkara perlu ditolak seperti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta insentif-insentif yang diberikan kerajaan.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, kerajaan pada asasnya mengunjurkan akan memperoleh RM690 juta hasil GST bagi tahun ini, katanya.

Mengulas penggunaan hasil kutipan cukai itu kelak, beliau berkata: "Bila kerajaan hendak berbelanja, ia akan dimasukkan ke dalam bajet, akan dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan oleh anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

"Jika dilihat dalam RMK11, kerajaan memberi penekanan terhadap golongan B40 (Bawah 40), (justeru) di situlah hasil penggunaan GST akan diberi tumpuan," katanya.

Tags / Kata Kunci: lembaga pengarah , 1MDB

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan