"Pemimpin Hari Ini Kurang Integriti" - TMJ

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 11:48 AM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan kebanyakan pemimpin negara ini kurang berintegriti, iaitu sifat agung yang sepatutnya ada pada setiap pemimpin.

Jelas beliau, semua pemimpin di setiap sektor kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi di Johor seharusnya memberi inspirasi serta memimpin segenap lapisan rakyat.

"Malangnya, hari ini, sifat tersebut semakin sukar ditemui," katanya menerusi kenyataan terbaharunya di laman Facebook, Johor Souther Tigers pada malam Ahad.

Menyedari kata-katanya sering membuatkan ramai orang melenting, TMJ menjelaskan kenyataan beliau kali ini hanya menjurus kepada situasi di Johor, yang dekat dihatinya.

Malah Tunku Ismail turut menegur golongan pemimpin supaya tidak cuba untuk memanipulasi rakyat.

"Jangan cuba memanipulasi dan menguruskan orang. Inventori barangan boleh diuruskan, tetapi rakyat harus dipimpin melalui teladan dan berintegriti," katanya.

Menerusi kenyataan bertajuk 'Erti Kepimpinan', TMJ juga mengingatkan pemimpin hari ini bahawa kunci kepimpinan yang cemerlang adalah dengan mempunyai pengaruh, bukannya dengan menunjukkan kuasa.

"Sekiranya anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif, itu petanda anda tidak layak menjadi seorang pemimpin," katanya.

Tunku Ismail berkata, almarhum nendanya, Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail sering berpesan bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat yang kental dan bukannya daripada jawatan atau kedudukan.

"Baginda juga berpesan bahawa seorang pemimpin yang pengecut merupakan manusia yang paling bahaya sekali, dan salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenalpasti sesuatu masalah sebelum ianya menjadi darurat," katanya.

Malah Tunku Ismail bersyukur kerana telah dibesarkan dan dididik oleh dua pemimpin yang unggul, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Kebelakangan ini, TMJ dilihat lantang mengkritik situasi politik di negara ini.

Tindakan tersebut menyebabkan beliau  'berperang mulut' dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang memintanya supaya tidak mencampuri soal politik tanah air atau akan ‘dibelasah’.

Dalam reaksi balasnya, beliau berkata, Nazri hanya menteri, bukan Tuhan.


Tags / Kata Kunci: Tunku Ismail Sultan Ibrahim

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan