Tiada Rakyat Malaysia Mangsa Serangan Perancis, Tunisia Dan Kuwait

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 8:22 PM

Antara ribuan yang menghadiri majlis pengebumian mangsa serangan berani mati di Kuwait.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilapor menjadi mangsa dalam serangan pengganas pada 26 Jun di Perancis, Tunisia dan Kuwait, kata Kementerian Luar pada Isnin.

Dalam kenyataannya, kementerian itu berkata Malaysia mengutuk serangan di tiga negara tersebut, yang meragut banyak nyawa manusia yang tidak bersalah.

"Walaupun belum ada sebarang tanda jelas bahawa serangan terhadap sebuah loji kimia di Perancis, sebuah hotel peranginan tepi pantai di Tunisia dan letupan bom di dalam sebuah masjid di Kuwait mempunyai hubungan antara satu dengan lain, namun tindakan kejam dan ganas ini memberi ancaman besar terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa," kata kementerian itu.

Oleh itu, katanya, usaha secara global perlu dipercepatkan bagi memerangi keganasan dan menentang keganasan.

Kementerian itu berkata Malaysia mengucapkan simpati yang amat mendalam terhadap keluarga mangsa.

Menurut laporan media, seorang lelaki menyerang sebuah loji kimia milik Amerika berhampiran Lyon, Perancis dan dikatakan memenggal kepala seseorang serta cuba meletupkan loji itu.

Di Tunisia, seorang lelaki mengeluarkan sepucuk raifal daripada payung yang dibawanya dan menembak mati sekurang-kurangnya 38 orang di pusat peranginan tepi pantai itu, manakala di Kuwait, seorang pengebom meletupkan dirinya di dalam sebuah masjid dan menyebabkan sekurang-kurngnya 25 penganut Syiah terbunuh, menurut laporan itu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan