Letupan Taipei: Seorang Lagi Penuntut Malaysia Cedera

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 6:44 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lagi penuntut Malaysia dikesan terlibat dalam letupan semasa sambutan 'Colour Play Asia' di Formosa Water Park, New Taipei City pada Sabtu lalu.

Mangsa kedua itu, Wah Liang Jie yang merupakan pelajar di Vanung University, mengalami kecederaan kebakaran di bahagian muka, lengan dan kaki.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, mangsa kini ditempatkan di Hospital Xizhi Cathay, New Taipei City bagi menerima rawatan lanjut.

Pada Ahad kementerian itu mengesahkan mangsa pertama rakyat Malaysia yang dikesan mengalami kecederaan iaitu Lim Sh Li, penuntut jurusan perubatan di National Taiwan University, melecur tahap kedua pada 54 peratus bahagian lengan dan kakinya.

"Dia kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan dari Hospital Ren Ai ke Taiwan Medical University (TMU) untuk menerima rawatan lanjut.

"Kementerian Luar melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang dalam usaha untuk mendapatkan maklumat lanjut sekiranya terdapat warganegara Malaysia lain yang terlibat dalam insiden tersebut," demikian menurut kenyataan itu pada Isnin.

Tags / Kata Kunci: Colour Play Asia , Formosa Water Park

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan