Nazir Razak 'Cari Kebenaran' Di Instagram - Berita Semasa | mStar

Nazir Razak 'Cari Kebenaran' Di Instagram

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 10:50 PM

Paparan skrin Instagram milik Nazir Razak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sekeping gambar bagi melahirkan harapan bahawa rakyat Malaysia akan mendapat 'kebenaran' tidak lama lagi dimuat naik oleh Datuk Seri Nazir Razak melalui akaun Instagram miliknya pada Isnin.

Menerusi gambar sebuah papan tanda yang bertulis "Truth. Next exit", Pengerusi Kumpulan CIMB itu menulis: "Saya harap begitu. Institusi kami mesti bawa kita ke sana secepat mungkin. Rakyat berasa amat menyedihkan dan dipecahbelahkan. Selepas kebenaran kita boleh mencari perdamaian," katanya tanpa penjelasan lanjut.

Sehingga berita ini ditulis gambar berkenaan menerima lebih 400 'likes' daripada pengguna laman sosial itu.

Sebelum ini Nazir yang merupakan adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara aktif bercakap mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Mei lalu beliau membidas eksekutif tertinggi 1MDB kerana gagal hadir untuk pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Beliau juga sebelum ini mempersoalkan kelewatan audit terhadap syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Baru-baru ini Nazir juga dikaitkan dengan penubuhan sebuah pertubuhan bukan kerajaan baharu berhubung kebimbangan mengenai landskap sosio-politik Malaysia sekarang ini.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Nazir Razak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan