Najib Sedia Terima Kritikan

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 11:28 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama penuntut yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama penuntut universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta dan institut pendidikan guru di Seri Perdana pada Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  menegaskan bahawa beliau tidak pernah segan untuk menerima kritikan jauh sekali menolak sebarang kritikan.

Namun, katanya apa yang penting setiap kritikan yang dilemparkan mestilah sesuatu yang membina dan mampu memberi kebaikan.

"Kata (kritik) tidak betul tapi tak bagi tahu apa yang betul. Pertikai, kata kerajaan tiada hasil, kalau tiada hasil manakan kerajaan dapat membina banyak universiti ... bagaimana nak laksanakan pembangunan untuk negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama  penuntut universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta dan institut pendidikan guru di sini, Isnin.

Majlis yang berlangsung di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana itu dihadiri kira-kira 1,700 orang.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyertai hadirin menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat sunat Tarawih.

Perdana Menteri berkata setiap sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan bukan dibuat sesuka hati, sebaliknya ia telah difikirkan semasak-masaknya termasuk manfaat dan faedah yang bakal dinikmati rakyat.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan