Kes Pembelian Hartanah Di Australia: LPPR Selar Kenyataan DAP

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menyelar tindakan Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mempolitikkan isu dakwaan pembelian hartanah oleh MARA Incorporated Sdn Bhd di Melbourne, Australia.

LPPR menyifatkan kenyataan anggota pembangkang DAP yang mendakwa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah dilaksanakan pada Disember 2014, sebagai "tindakan tidak bertanggungjawab.

"Memandangkan isu itu masih disiasat, maka LPPR berharap semua pihak bersabar dan memberi ruang kepada SPRM menjalankan siasatan secara menyeluruh.

"Jangan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai dan menjejaskan imej Suruhanjaya itu," kata LPPR dalam kenyataan pada Ahad.

LPPR ialah antara empat badan bebas yang memantau perjalanan SPRM sejak 2009 sebagai Panel Penilaian Operasi (PPO) suruhanjaya itu.

Tiga yang lain ialah Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Jawatankuasa Aduan, dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah.

Kenyataan Lim itu turut dinafikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada Sabtu, yang menyatakan proses pengesanan siasatan dijalankan pada Mac 2015 sebaik menerima maklumat daripada orang ramai.

Akhbar Australia, The Age, melaporkan seorang pegawai tinggi Majlis Amanah Rakyat (Mara), seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan dana kerajaan secara berlebihan untuk membeli satu blok pangsapuri di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri di bandar raya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu yang dikenali sebagai Dudley International House daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta).

Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli oleh Mara, yang menyediakan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara.

Tags / Kata Kunci: LPPR , DAP , Mara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan