Kerajaan Tidak Sekat Media Lapor Isu 1MDB

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 10:17 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan mengetatkan kawalan ke atas media sebagai langkah untuk menutup mulut berhubung spekulasi dan isu-isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata orang ramai masih membuat tuduhan terhadap kerajaan setiap masa, manakala spekulasi oleh media sama ada dalam arus perdana atau media sosial masih berterusan.

"Saya tidak fikir kerajaan mempunyai kuasa menghalang media daripada apa yang mereka mahu katakan. Kerajaan tidak akan mengetatkan kawalan ke atas media dan itu janji oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pameran dan Persidangan Keempat Peralatan Polis (GPEC) Asia 2015 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Andre Justo, yang kini ditahan di Thailand, adalah satu langkah menutup mulut media untuk mewajarkan bahawa kerajaan tidak perlu menjawab mengenai isu 1MDB pada masa akan datang.

Wan Junaidi berkata Malaysia akan membantu pihak berkuasa Thailand dalam menjalankan siasatan ke atas Justo yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat tidak tepat mengenai 1MDB kepada blog Sarawak Report.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turut hadir pada majlis itu, berkata polis mungkin memanggil TheEdge dan Sarawak Report untuk siasatan lanjut berhubung artikel mereka mengenai 1MDB.

"Jika ada keperluan, kita akan memanggil sesiapa sahaja berhubung perkara itu (siasatan)," katanya.

Minggu lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata bahawa TheEdge dan pemiliknya Datuk Tong Kooi Ong perlu bertanggungjawab kerana menerbitkan laporan tidak tepat dan maklumat palsu mengenai 1MDB daripada Sarawak Report.

Tags / Kata Kunci: 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan