Transaksi Komersial Antara 1MDB dan IPIC Tidak Dijamin Kerajaan - 1MDB

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelaskan transaksi komersial antara syarikat itu dan International Petroleum Investment Corporation (IPIC) baru-baru ini tidak dijamin oleh Kementerian Kewangan mahupun kerajaan.

"Adalah diketahui umum bahawa IPIC mengeluarkan jaminan pada 2012 bagi pembayaran faedah dan pokok terhadap dua bon bernilai AS$1.75 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB, dengan nilai pokok keseluruhan AS$3.5 bilion dan hampir AS$2 bilion dalam bentuk faedah.

"Kerajaan tidak menyediakan jaminan bagi kedua-dua bon ini," kata 1MDB sebagai respons terhadap pelbagai kenyataan salah yang dikeluarkan oleh Tony Pua berhubung kertas terma ikatan antara 1MDB dan IPIC baru-baru ini.

Sehubungan itu, 1MDB berkata perbuatan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara tersebut yang mendakwa perjanjian ikatan antara 1MDB dan IPIC, transaksi perniagaan berkenaan telah menambah beban jaminan kerajaan Malaysia, adalah tidak bertanggungjawab.

"Seperti yang diketahui umum, kerajaan hanya mengeluarkan satu 'surat sokongan' dan ini bagi bon lain bernilai AS$3.0 bilion (RM11.35 bilion) yang diterbitkan oleh 1MDB," katanya.

Secara keseluruhan, kerajaan hanya menyediakan jaminan yang jelas untuk RM5.8 bilion daripada keseluruhan hutang 1MDB.

Menurut 1MDB, Pua juga sengaja mengelirukan orang ramai apabila tidak menyebut syarat penting "dan sebaliknya" berhubung "tanggung rugi', iaitu tanggung rugi terpakai kepada kedua-dua pihak -- IPIC dan 1MDB -- berhubung pelaksanaan kewajipan oleh kedua-duanya.

"Tanggung rugi dua hala seperti ini adalah klausa standard dalam transaksi komersial bagi memastikan tiada pihak kehilangan wang (out of pocket) jika satu pihak lagi gagal melaksanakan tanggungjawabnya," kata 1MDB yang turut mengesahkan ia berhasrat sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab menurut kertas terma ikatan tersebut.

Kertas terma ikatan yang dilaksanakan dengan IPIC itu merupakan komponen utama pelan rasionalisasi yang diumum oleh Kementerian Kewangan pada 29 Mei 2015.

Kejayaan pendekatan ini dibuktikan menerusi pembayaran balik pinjaman sebanyak RM3.6 bilion oleh 1MDB baru-baru ini.

1MDB juga menjelaskan rundingan komersial sedang berlangsung secara berterusan antara syarikat itu dan IPIC bagi mencapai perjanjian muktamad yang akan menyaksikan pengurangan kira-kira RM16 bilion hutang 1MDB.

"1MDB berhasrat sepenuhnya untuk berkongsi maklumat lanjut sebaik sahaja kedua-dua pihak mencapai persetujuan," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: 1MDB , IPIC

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan