Harga Ayam Dijangka Naik

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 8:39 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Harga ayam akan mengalami kenaikan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan beberapa peniaga menyalahkan kekurangan bekalan dan kos makanan ayam yang meningkat.

Peniaga utama ayam di Perak dan Johor berkata, harga ayam bersih dijangka akan mengalami kenaikan sekali gus menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna.

Pengerusi Persatuan Peniaga Ayam Perak, Datuk Ding Thong Chow berkata, bekalan ayam tidak mencukupi sebelum kedatangan bulan Ramadan lagi.

Katanya, permintaan terhadap bekalan ayam tetap tinggi sepanjang bulan Ramadan.

Ding berkata bekalan tersebut tidak mencukupi juga disebabkan perkembangan ayam yang terbantut.

"Kebiasaannya selepas 38 hari, seekor ayam dengan berat 2.5 kg bersedia untuk disembelih, tetapi sekarang berat ayam hanya kira-kira 2kg pada peringkat itu. Ayam mengambil masa yang lama untuk membesar.

"Kami percaya ia disebabkan kualiti rendah pada jagung kering yang diimport dari Argentina. Terdapat mogok pekerja, jadi penghantaran pun terjejas," katanya pada Ahad.

Beliau berkata harga ayam telah mengalami kenaikan kepada RM5 daripada RM4.80 sekilogram dengan Perak membekalkan 20 peratus daripada pengeluaran ayam negara.

Di Johor, peniaga ayam berkata peningkatan kos makanan ayam disebabkan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).

Peniaga di negeri itu berkata mereka tiada pilihan melainkan memindahkan kos tersebut kepada pengguna.

Ini jelas menunjukkan penternak menetapkan harga ayam ternak lebih tinggi.

Peniaga Pasar Kampung Melayu, Faaiz A.Rahman, 29, berkata harga sekilogram ayam pada minggu ini iaitu RM6.40 akan naik kepada RM7.50 sebelum kerajaan menetapkan harga barang kawalan sempena Hari Raya.

Seorang peniaga di pasar basah Larkin yang hanya mahu dikenali sebagai Teo berkata, kos makanan ayam memberi kesan negatif terhadap kenaikan harga.

"Kami tidak menetapkan kadar ini tetapi harga perlu dinaikkan untuk mendapat keuntungan yang minimum," katanya.

Pemilik rangkaian restoran India Muslim terbesar di Petaling Jaya berkata harga ayam naik sejak dua bulan.

"Kami menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap hari daripada pembekal yang memaklumkan mengenai harga ayam. Beberapa hari, ia naik sehingga 60 sen dan 70 sen. Jika harga turun, ia hanya melibatkan 10 sen dan 20 sen sahaja.

"Pembekal berkata mereka kekurangan bekalan ayam," katanya.

Presiden Persekutuan Penternak Ayam Malaysia, Jeffrey Ng bagaimanapun berkata, bekalan ayam masih mencukupi.

"Buat masa ini, tidak timbul masalah terhadap bekalan ayam untuk Hari Raya," katanya.

Ng berkata kos makanan ayam bukanlah yang tertinggi pernah dicatatkan sejak dua tahun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek memberi amaran kepada peniaga ayam supaya tidak menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

"Penternak ayam hidup memberi jaminan kepada kami bahawa bekalan adalah mencukupi, jadi peniaga tiada alasan untuk menaikkan harga ayam," katanya.
Tags / Kata Kunci: harga ayam , naik

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan