Negara Dilanda Cuaca Panas, Kering Hingga Ogos

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 10:53 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cuaca panas dan kering sudah bermula dan dijangka berterusan sehingga hujung Ogos ini.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata negara kita sedang melalui fasa aktif monsun barat daya.

"Ia adalah sesuatu yang normal untuk melalui cuaca sebegini dalam tempoh ini," katanya ketika mengulas mengenai cuaca panas dan kering di negara ini.

Stesen MetMalaysia merekodkan suhu antara 33°C dan 35°C pada siang hari.

Dalam buletin cuacanya pada Mei, MetMalaysia berkata kebanyakan kawasan di negara ini mencatatkan suhu yang lebih tinggi daripada purata tempoh jangka panjang untuk bulan tersebut.

Suhu dijangka tidak akan meningkat lebih tinggi daripada yang pernah direkodkan antara Februari dan Mac iaitu antara  37°C dan 38°C.

Dr Hisham berkata, ini kerana matahari terletak di sebelah utara Malaysia berbanding berada tegak di atas negara ini antara Februari dan Mac.

Katanya, ia adalah perkara biasa bagi kebanyakan tempat di negara ini yang kurang dilanda hujan pada musim ini, kecuali Sabah dan negeri-negeri utara Semenanjung.

Beliau berkata, kebanyakan negeri dijangka menerima taburan hujan 100mm hingga 150mm setiap bulan, separuh daripadanya pada Mac hingga Mei.

Namun, bagi negeri-negeri utara Semenanjung dan pantai barat Sabah, sebaliknya berlaku dengan taburan hujan antara 150mm hingga 250mm, jauh lebih tinggi daripada 50mm hingga 150mm seperti yang berlaku pada Mac hingga Mei.

Sabah mempunyai purata lebih rendah sejak empat bulan lalu dengan taburan hujan kurang daripada 50mm sebulan, walaupun bahagian barat negeri ini (Gunung Kinabalu) mempunyai hujan normal antara 200mm hingga 300mm setakat bulan ini.

Mengenai fenomena El Nino, yang dijangka menyebabkan suhu permukaan Lautan Pasifik meningkat, beliau berkata ia tidak memberi kesan pada masa ini.

Malah, katanya, ia masih diperingkat yang lemah dan sederhana di sekitar Sabah dan bahagian utara Sarawak.

Tags / Kata Kunci: cuaca panas , kering , MetMalaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan