Majlis Kewangan Negara Setuju Sedia Caruman Tambahan Rizab Negeri

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 10:06 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2015 di Kementerian Kewangan pada Isnin. 
Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (dua, kanan) dan Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong dan Datuk Ahmad Maslan. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis Kewangan Negara hari ini bersetuju agar kerajaan persekutuan menyediakan caruman tambahan sebanyak RM350 juta untuk Kumpulan Wang Rizab Negeri (KWRN) bagi 2015 dan 2016, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan persekutuan turut menyediakan caruman berjumlah RM530 juta kepada KWRN bagi 2017.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan bagi tiga tahun berkenaan sebanyak RM880 juta.

"Jumlah keseluruhan caruman pada 2015 yang disediakan oleh kerajaan persekutuan berjumlah RM720 juta manakala bagi 2016, caruman yang perlu disediakan berjumlah RM580 juta," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2015, di sini hari ini.

Katanya pada mesyuarat itu, Majlis Kewangan Negara juga bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Hasil Negeri agar kerajaan negeri mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan kutipan hasil.

"Kerajaan negeri disarankan supaya mempergiatkan lagi usaha untuk mengurangkan tunggakan hasil. Ini kerana secara purata bagi tempoh 2010-2014, tunggakan hasil negeri adalah melebihi RM2 bilion setahun," katanya.

Beliau memberi contoh jika tunggakan hasil itu dapat dikurangkan 25 peratus, kerajaan negeri dapat meningkatkan hasil sebanyak RM500 juta.

Najib berkata usaha semua kerajaan negeri dalam mengurangkan tunggakan itu akan dipantau dan dilapor kepada Majlis Kewangan Negara.

Selain itu, kerajaan negeri juga katanya boleh meneliti beberapa langkah yang boleh dilaksana segera dengan mencontohi pengalaman kerajaan negeri yang telah melaksanakannya.

"Antara cadangan tersebut ialah mengenakan kadar cukai tanah  berbeza antara pertanian berskala kecil dan berskala besar," katanya.

Najib berkata Majlis Kewangan Negara turut bersetuju Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri (Marris) dibuat berdasarkan prestasi perbelanjaan tahun sebelumnya, bermula 2016.

Beliau turut berharap prestasi penggunaan Marris dipertingkat, dan menambah pemberian Marris pada 2014 adalah lebih tinggi berbanding 2013.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan